BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 17, 2013

SUNWAY LAGOON

Assalamualaikum w.b.t........










Hi! Kali ni aku nak cerita pasal aku pergi bercuti di Sunway Lagoon dengan member-member aku. Pada 25 March 2013 haritu, aku dengan 9 orang kawan aku yg lain telah pergi bercuti di Sunway Lagoon. Memang pengalaman yg aku takkan lupa dalam hidup aku. Memang seronok bila dapat keluar sama-sama dengan member macam ni. Antara mamber-member yg join ialah Mat, Arif, Along, Amal, Acap, Kimi, Daus Azhar, Daus Yaacob dan Paan. Perjalanan kami mengambil masa dalam 1 jam lebih jugak la. Macam-macam benda laa terjadi semasa dalam perjalanan, kalau diingat balik mesti tergelak. Hahaha antara benda yg terjadi bila si Daus Azhar langgar 'divider' jalan. Hahaha maklum motor FZ kan memerlukan ruang yg besar.

Selepas Daus Azhar, giliran Arif pulak langgar divider. Hahaha selamat tak tersangkut kat divider tuh. Tapi alhamdulillah semuanya selamat pergi dan balik, tiada yg cedera. Yg paling kelakar bila kami tersilap masuk simpang. Hahaha sepatutnya kena masuk simpang belah kiri tp kita orang masuk simpang kanan untuk ke arah Melaka. Hahaha selamat kami patah balik. Tidak cukup dengan tuh bila kami sampai saja di Sunway Pyramid kami sekali lagi sesat. Hahaha nak dekat 20 minit jugak kita orang mencari tempat parking motorsikal bagi Sunway Lagoon punya. Sampai masuk tempat parking kereta lagi, hahahaha terpaksa kita orang patah balik. Selamat takade kereta masuk parking, kalau tidak memang bertembung la dengan kita orang.














Bila da jumpa tempat parking, kita orang pon terus pergi ke kaunter beli tiket. Harga tiket bagi dewasa RM90. Lepas beli kita orang terus mencari tempat untuk sarapan sebab masing-masing lapar and belum sarapan lagi. Lepas 1 jam sarapan kami terus masuk Sunway Lagoon. Selepas selesai tkar pakaian semua kita orang hanya main ni 'dry park' dulu. Kita orang pergi main Go Kart, memanah, discovery, roller coaster dll. Yang paling aku suka masa main Go Kart. Hahaha awak ni da la first time main, kena pakai helmet takade 'visor' dengan selipar 'crock' lagi. Hahaha selamat tak terbabas. Masa main Roller Coaster pon gempak jugak sebab aku dgn Along mengetuai sebab duduk yg paing depan sekali. Hahaha lepas main semua tuh baru la kami terjun ke dalam air. 











Kebanyakkan yg datang kat Sunway Lagoon tuh ialah orang Arab. Mat Salleh pon ramai jugak, dapat la cuci mata kejap. Lagi2 si Acap tuh, pantang nampak semuanya nak. Hahahahaha. Macam-macam kita orang main kat situ, dan yg paling aku teruja ialah masa menyaksi wayang 5D. Memang awesome habis, terbaikkkkk. Nak cerita pon tak tahu macam mane, korang pergi la rasai sendiri. Hahaha kita orang juga dapat naik gelongsor Vuvuzela. Alaaaaa yg gelongsor besar tuh, memang gempak laa. Tapi aku dapat naik sekali je -..-' Sebelum kita orang balik, kita orang sempat jugak masuk rumah hantu. Hahaha ni lagi tak boleh belah. Macam-macam benda keluar dari mulut aku, yg paling takut sekali dalam geng kita orang Acap laa. Terjerit-jerit macam pondan. Hahaha lepas lebih 4 jam kita orang kat situ, kita orang pon masing-masing da lapar sebab lunch time dan pergi siap-siap kemas-kemas nak balik la. Lepas Solat Zuhur je kita orang keluar pergi cari kedai makan. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai dirumah masing-masing. Memang pengalaman aku takkan lupakan. Okay, bye!













1 comment:

  1. Salam singgah... best kannn.....me pon ade buat entry sunway lagoon juga...

    jemput baca :)

    http://sweethafrizah.blogspot.com/2013/11/review-bercuti-di-sunway-lagoon-part-1.html

    ReplyDelete