Assalamualaikum w.b.t...
Kali ni aku nak story pasal tempat yg aku akan belajar iaitu Kolej Profesional Mara (KPM), Bandar Penawar, Johor. Memang jauh dari rumah aku di Klang -..-'
Pagi tadi aku baru pergi temuduga KPM kat Anggerik Mall kat Shah Alam. Memang ramai orang kat situ. Semuanya nak pergi interview la. Antara kolej-kolej yg ada ialah KPTM, KKTM, UniKL dll.
Datang je terus daftar nama dan beratur. Memang lama aku beratur nak dekat 2jam aku rasa -..- kaki da rasa macam nak tercabut da! Sampai je turn aku, akak KPM tuh kata tengok dari result SPM aku ni, aku kena amik Program Intensif Persediaan (PIP) selama 5 bulan kat Bandar Penawar sebab BI aku tak kredit.
PIP ni sebenarnya ialah untuk kuatkan aku punya result SPM untuk sambung diploma yg aku nak. Antara course diploma yg aku mohon ialah Diploma In Business Studies and Diploma In Integrated Logistics Management.
Sebab-sebab aku masuk KPM ni ialah atas dorongan ibu bapa aku sendiri. Satu lagi sebab ialah aku belajar di KPM ni secara percuma. MARA support semuanya kecuali duit pendaftaran la kena bayar RM280.
Aku harap aku takkan hampakan kedua ibu bapa aku. Dengan apa yg dorang korbankan, aku takkan sia-siakan peluang ni. Insha Allah :')
Sekian, Terima Kasih :)
Blog KAMI !
gudluck yee.,ehHHee
ReplyDeleteSo sekarang dekat KPM Beranang, Selangor ke untuk Sem 1? :)
ReplyDeleteSinggah sini. :)