BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 16, 2013

BOLA SEPAK

Kalau korang tanya sukan apa yg aku minat, semestinya sukan Bola Sepak jawapannya. Malah, cita-cita aku pon sebenarnya nak jadi pemain bola sepak yg terkenal seperti Allahyarham Mokhtar Dahari & Safee Sali.







Allahyarham Mokhtar Dahari & Safee Sali.






Biasanya kalau aku main bola sepak posisi kegemaran aku ialah penyerang. Sebab itu aku nak jadi seperti Allahyarham Mokhtar Dahari & Safee Sali. Kalau main dengan team sekolah pon aku akan main posisi penyerang. 

Pada awal tahun 2011 aku pernah mewakili pasukan SUFO FC yg dibimbing oleh bekas pemain Selangor iaitu Malek Rahman sebagai Pengurus Pasukan, manakala Shahrin Majid & Azman Adnan sebagai Jurulatih Pasukan. Banyak pengalaman yg aku dapat sejak bermain dengan pasukan ini. Antaranya ialah dapat berlatih bersama bekas-bekas pemain Selangor.

Selain dapat berlatih dibawah kendalian mereka, aku juga dapat menimba pengalaman bermain menentang pasukan KL PLUS yg berlangsung di Padang Latihan KL PLUS. Dalam perlawanan tersebut pasukan kami tewas dengan jaringan 4-1.









SUFO FC







Aku juga pernah main bersama pasukan PPJ dalam Liga FAS. Dalam pasukan tuh aku memain peranan sebagai second striker. Dalam team PPJ tuh kebanyakkan pemain berbangsa India. Hanya aku dan 5 orang rakan aku je berbangsa Melayu. 5 rakan aku tuh ialah Mat, Arif, Syaffiq, Along dan Kimi. Dalam Liga FAS, team PPJ yg aku wakili hanya dapat bermain sebanyak 5 perlawanan saja. Hanya 1 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan saja dapat dicipta. Aku hanya dapat menjaringkan 4 gol dalam 5 perlawanan yg aku main.






Selepas mewakili pasukan PPJ, aku telah mewakili pasukan PEKIDAM FC iaitu pasukan kampung aku sendiri. Pada awal tahun 2013 ini, team PEKIDAM FC telah menyertai satu pertandingan bola sepak HARIMAU MALAYA KLANG anjuran Andalas FC. Dalam pertandingan itu team aku telah berjaya layak ke final tetapi rezeki tidak menyebelahi kita orang. PEKIDAM FC hanya mampu memperolehi tempat ke-2 selepas tewas kepada PION FC dengan jaringan 2-0. Dalam pertandingan tersebut aku telah menjaringkan 3 gol dalam 4 penampilan aku. 











PEKIDAM FC








Sekian, Terima Kasih ......





No comments:

Post a Comment