BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 19, 2013

KPM

Assalamualaikum w.b.t...





Kali ni aku nak story pasal tempat yg aku akan belajar iaitu Kolej Profesional Mara (KPM), Bandar Penawar, Johor. Memang jauh dari rumah aku di Klang -..-'







Pagi tadi aku baru pergi temuduga KPM kat Anggerik Mall kat Shah Alam. Memang ramai orang kat situ. Semuanya nak pergi interview la. Antara kolej-kolej yg ada ialah KPTM, KKTM, UniKL dll. 

Datang je terus daftar nama dan beratur. Memang lama aku beratur nak dekat 2jam aku rasa -..- kaki da rasa macam nak tercabut da! Sampai je turn aku, akak KPM tuh kata tengok dari result SPM aku ni, aku kena amik Program Intensif Persediaan (PIP) selama 5 bulan kat Bandar Penawar sebab BI aku tak kredit.

PIP ni sebenarnya ialah untuk kuatkan aku punya result SPM untuk sambung diploma yg aku nak. Antara course diploma yg aku mohon ialah Diploma In Business Studies and Diploma In Integrated Logistics Management.

Sebab-sebab aku masuk KPM ni ialah atas dorongan ibu bapa aku sendiri. Satu lagi sebab ialah aku belajar di KPM ni secara percuma. MARA support semuanya kecuali duit pendaftaran la kena bayar RM280.





Aku harap aku takkan hampakan kedua ibu bapa aku. Dengan apa yg dorang korbankan, aku takkan sia-siakan peluang ni. Insha Allah :')





Sekian, Terima Kasih :)



Blog KAMI !



Tuesday, June 18, 2013

CIKZ CUPIE WALLAOWEYH :*

Assalamualaikum w.b.t...


Harini aku cerita tentang seseorang yg penting dalam hidup aku & dan seseorang yg paling aku sayang :')







inilah orangnye :*




Nama : Supiana Bt. Saripuddin
Panggilan: Supie
Asal : Sabah
Umur : 18 tahun
Tarikh Lahir : 1 September 1995
Facebook : Cikz Cupie Wallaoweyh
Twitter : @CikzSupie













Dia ni seorang yg banyak cakap bila tengah otp, tapi da jumpa kurang pulak cakapnye. Hahaha kadang-kadang kuat jugak membebel, marah, merajuk. Seorang yg comel, cantik, lawa, menawan & sedap mata memandang :* hahaha. Satu lagi dia ni seorang yg kuat makan, kejap-kejap makan tp badan tak naik-naik jugak. Tak makan pedas, kalau tengah makan tuh tetiba je rase pedas makanannya dia akan automatic stop makan. Hahaha k
adang-kadang dia ni garang & tegas jugak laa. Anak sulung la katakan.

Kita orang kenal da lama, sejak dari tingkatan 1 lagi. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3 aku sekela
s dengan dia. 29/6/2011 adalah tarikh aku dengan dia bersama. Sekarang ni dia duduk kat Johor dengan keluarga dia. Dengar cerita dia kat Johor ramai peminat, hahaha biasa la comel la katakan. Walaupun dia jauh dari pandangan aku, tapi dia sentiasa dekat dalam hati aku. Perasaan rindu aku dekat dia memang tak terkata la, sememang rindu giler nak mamposs kat dia. Hahaha kadang-kadang jealous jugak la tengok pasangan lain ber-dating -..-'










Kita orang da lama couple, tapi baru 2 kali dating. Hahaha maklum la long distance relationship la katakan. Last dating dengan dia 2 & 3 Jun haritu, tapi tak puas la 2 hari je dapat jumpa. Habis nak buat macam, terpaksa berpisah dari pandangan. Apa-apa pon dia dekat dalam hati aku. ILOVEYOU SAYANG :* Aku harap dia dapat terima kekurangan yg ada dalam diri aku & aku pon akan terima kekurangan dalam diri dia. Ini je dapat dikongsi, yg lain tuh biar aku dengan dia je tahu. Hahaha okay itu je, bye!







Tuh teddy yg aku bagi dekat dia :')



JAUH DIMATA, DEKAT DIHATI :*


-TAMAT-





Monday, June 17, 2013

BFF ㋡

MY BFF






Nama : Muhammad Natrash B. Muhd Idrus
Panggilan : Mat
Tarikh Lahir : 24 Jun 1995
Facebook : Muhammad Natrash
Twitter : -

Seorang yg baik, gila, tak betul, sewel dan macam-macam la. Hahaha kacukan bangladesh sebab itu digilai oleh ramai wanita diluar sana. Masih single dan 'ganteng' gitu. Hahaha jangan marah Mat.













Nama : Muhammad Firdaus B. Hamdan
Panggilan : Along
Tarikh Lahir : 2 September 1995
Facebook : Firdaus Hamdan
Twitter : @daos_killer

Seorang yg bergaya, baik, gila, mabuk, sewel semuanya laa. Hahaha bardarah kacukan Nepal dan sebab itu sering didekati oleh kaum hawa. Sudah berpunya dan setia pada yg satu. Wan Sakynah.













Nama : Mohamad Arif B. Mohamad Nor
Panggilan : Arif
Tarikh Lahir : 26 October 1995
Facebook : Stylo King
Twitter : @styloking

Seorang yg pandai, berpengetahuan, kadang-kadang gila, sewel pon ade. Pernah gagal JPJ dan mendapat 49/50 ujian komputer. Hahahaha single/duda takade anak. Hahaha jangan marah ahh.












Nama : Ahmad Syaffiq B. Rosli
Panggilan : Capik/Affiq
Tarikh Lahir : 4 Jun 1995
Facebook : Ahmad Capik
Twitter : @CapikR

Seorang yg kuat merajuk, bercita-cita tinggi, suka menyanyi walaupun tak sedap mana pon suara dia. Hahaha ada lesen kereta tp malas nak bawak kereta -.- sudah dimiliki orang. Shika Cloudnite.





Hanya gurauan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yg hidup & yg sudah meninggal dunia. Inilah KAMI :)

SUNWAY LAGOON

Assalamualaikum w.b.t........










Hi! Kali ni aku nak cerita pasal aku pergi bercuti di Sunway Lagoon dengan member-member aku. Pada 25 March 2013 haritu, aku dengan 9 orang kawan aku yg lain telah pergi bercuti di Sunway Lagoon. Memang pengalaman yg aku takkan lupa dalam hidup aku. Memang seronok bila dapat keluar sama-sama dengan member macam ni. Antara mamber-member yg join ialah Mat, Arif, Along, Amal, Acap, Kimi, Daus Azhar, Daus Yaacob dan Paan. Perjalanan kami mengambil masa dalam 1 jam lebih jugak la. Macam-macam benda laa terjadi semasa dalam perjalanan, kalau diingat balik mesti tergelak. Hahaha antara benda yg terjadi bila si Daus Azhar langgar 'divider' jalan. Hahaha maklum motor FZ kan memerlukan ruang yg besar.

Selepas Daus Azhar, giliran Arif pulak langgar divider. Hahaha selamat tak tersangkut kat divider tuh. Tapi alhamdulillah semuanya selamat pergi dan balik, tiada yg cedera. Yg paling kelakar bila kami tersilap masuk simpang. Hahaha sepatutnya kena masuk simpang belah kiri tp kita orang masuk simpang kanan untuk ke arah Melaka. Hahaha selamat kami patah balik. Tidak cukup dengan tuh bila kami sampai saja di Sunway Pyramid kami sekali lagi sesat. Hahaha nak dekat 20 minit jugak kita orang mencari tempat parking motorsikal bagi Sunway Lagoon punya. Sampai masuk tempat parking kereta lagi, hahahaha terpaksa kita orang patah balik. Selamat takade kereta masuk parking, kalau tidak memang bertembung la dengan kita orang.














Bila da jumpa tempat parking, kita orang pon terus pergi ke kaunter beli tiket. Harga tiket bagi dewasa RM90. Lepas beli kita orang terus mencari tempat untuk sarapan sebab masing-masing lapar and belum sarapan lagi. Lepas 1 jam sarapan kami terus masuk Sunway Lagoon. Selepas selesai tkar pakaian semua kita orang hanya main ni 'dry park' dulu. Kita orang pergi main Go Kart, memanah, discovery, roller coaster dll. Yang paling aku suka masa main Go Kart. Hahaha awak ni da la first time main, kena pakai helmet takade 'visor' dengan selipar 'crock' lagi. Hahaha selamat tak terbabas. Masa main Roller Coaster pon gempak jugak sebab aku dgn Along mengetuai sebab duduk yg paing depan sekali. Hahaha lepas main semua tuh baru la kami terjun ke dalam air. 











Kebanyakkan yg datang kat Sunway Lagoon tuh ialah orang Arab. Mat Salleh pon ramai jugak, dapat la cuci mata kejap. Lagi2 si Acap tuh, pantang nampak semuanya nak. Hahahahaha. Macam-macam kita orang main kat situ, dan yg paling aku teruja ialah masa menyaksi wayang 5D. Memang awesome habis, terbaikkkkk. Nak cerita pon tak tahu macam mane, korang pergi la rasai sendiri. Hahaha kita orang juga dapat naik gelongsor Vuvuzela. Alaaaaa yg gelongsor besar tuh, memang gempak laa. Tapi aku dapat naik sekali je -..-' Sebelum kita orang balik, kita orang sempat jugak masuk rumah hantu. Hahaha ni lagi tak boleh belah. Macam-macam benda keluar dari mulut aku, yg paling takut sekali dalam geng kita orang Acap laa. Terjerit-jerit macam pondan. Hahaha lepas lebih 4 jam kita orang kat situ, kita orang pon masing-masing da lapar sebab lunch time dan pergi siap-siap kemas-kemas nak balik la. Lepas Solat Zuhur je kita orang keluar pergi cari kedai makan. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai dirumah masing-masing. Memang pengalaman aku takkan lupakan. Okay, bye!













Sunday, June 16, 2013

BOLA SEPAK

Kalau korang tanya sukan apa yg aku minat, semestinya sukan Bola Sepak jawapannya. Malah, cita-cita aku pon sebenarnya nak jadi pemain bola sepak yg terkenal seperti Allahyarham Mokhtar Dahari & Safee Sali.







Allahyarham Mokhtar Dahari & Safee Sali.






Biasanya kalau aku main bola sepak posisi kegemaran aku ialah penyerang. Sebab itu aku nak jadi seperti Allahyarham Mokhtar Dahari & Safee Sali. Kalau main dengan team sekolah pon aku akan main posisi penyerang. 

Pada awal tahun 2011 aku pernah mewakili pasukan SUFO FC yg dibimbing oleh bekas pemain Selangor iaitu Malek Rahman sebagai Pengurus Pasukan, manakala Shahrin Majid & Azman Adnan sebagai Jurulatih Pasukan. Banyak pengalaman yg aku dapat sejak bermain dengan pasukan ini. Antaranya ialah dapat berlatih bersama bekas-bekas pemain Selangor.

Selain dapat berlatih dibawah kendalian mereka, aku juga dapat menimba pengalaman bermain menentang pasukan KL PLUS yg berlangsung di Padang Latihan KL PLUS. Dalam perlawanan tersebut pasukan kami tewas dengan jaringan 4-1.









SUFO FC







Aku juga pernah main bersama pasukan PPJ dalam Liga FAS. Dalam pasukan tuh aku memain peranan sebagai second striker. Dalam team PPJ tuh kebanyakkan pemain berbangsa India. Hanya aku dan 5 orang rakan aku je berbangsa Melayu. 5 rakan aku tuh ialah Mat, Arif, Syaffiq, Along dan Kimi. Dalam Liga FAS, team PPJ yg aku wakili hanya dapat bermain sebanyak 5 perlawanan saja. Hanya 1 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan saja dapat dicipta. Aku hanya dapat menjaringkan 4 gol dalam 5 perlawanan yg aku main.






Selepas mewakili pasukan PPJ, aku telah mewakili pasukan PEKIDAM FC iaitu pasukan kampung aku sendiri. Pada awal tahun 2013 ini, team PEKIDAM FC telah menyertai satu pertandingan bola sepak HARIMAU MALAYA KLANG anjuran Andalas FC. Dalam pertandingan itu team aku telah berjaya layak ke final tetapi rezeki tidak menyebelahi kita orang. PEKIDAM FC hanya mampu memperolehi tempat ke-2 selepas tewas kepada PION FC dengan jaringan 2-0. Dalam pertandingan tersebut aku telah menjaringkan 3 gol dalam 4 penampilan aku. 











PEKIDAM FC








Sekian, Terima Kasih ......





AKU ㋡


BIODATA AKU :)





Nama : Azrin Syafizzatt Bin Muhd Nur Azmi.
Tarikh Lahir : 23 Jun 1995.
Asal : Klang, Selangor.
Hobi : Bersukan & Shopping.
Twitter : @azrinsyafizzat
Facebook : Azrin Syafizzatt



Saturday, June 15, 2013

RATATOUILLE FC - RFC09

Ratatouille FC atau RFC09 ditubuhkan pada 2009. Sebenarnya nama asal team aku ini 'My Kasut is Hot'. Tapi asyik kena 'kondem' je aku dengan member-member aku pon decide nak tukar nama. 'Idaman 95' nama kedua selepas My Kasut is Hot. Tapi nama tu jugak ditukar sebab alasan tertentu. Lepas tu baru la tercipta nama Ratatouille Fc atau RFC09 ni. Team aku ni dianggotai seramai 10 orang termasuklah aku. Antara orangnya ialah Aku, Arif, Mat, Along, Azri dan lain-lain. Malas aku nak sebut semua -.-' hahaha. Banyak la jugak tournament yg kita orang join. Antaranya Milo Tournament, Meor Bistro Tournament, Deepavali Cup & macam-macam lagi la. Aku pon da banyak lupa. Seriously, team aku ni tak pernah jadi juara pon. Hahahaha just runner-up je, tapi itu pon aku da bangga da. Sekarang ni kita orang pon da jarang adakan friendly sebab masing-masing da nak sambung belajar. Ada yg dapat kat Shah Alam, kat Port Dickson, kat Ipoh pon ada, ada yg sambung form 6. Aku pon maybe akan sambung kat Johor. Masing-masing sibuk nak sambung belajar, tapi team RFC09 ni sentiasa ada. Okay, that's all. Thank You :) Assalamualaikum .......




Azrin Syafizzatt Bin Muhd Nur Azmi


Assalamualaikum! Hi guys! My name is Azrin Syafizzatt B. Muhd Nur Azmi. Ayah aku Muhd Nur Azmi B. Abdullah. Ibu aku Suzairin Bt. Abdul Malek. Abang aku Azrin Syazani. Adik aku Azrin Syurahbill & Azrin Syaqimmie. Haaaaa, semuanya Azrin. Hahaha. Baru lagi dalam dunia 'blogger' ni. So, kalau ada yang tak kena tegur-tegur la yer. Aku baru berusia 18 tahun. Masih muda & 'ganteng'. Semestinya sudah berpunya. Takade apa yang istimewa tentang aku, ramai cakap muka aku macam Lee Min Ho. Dorang cakap la bukan aku yang cakap. Hahahahaha *tangan didada, mata keatas* just kidding okayy. Okay la, itu je kot aku nak bagitahu. Bye :*